Sistem bernombor Unit aritmetik dan logik

Sebuah ALU mesti memproses nombor menggunakan format yang sama seperti keseluruhan litar. Format bagi pemproses moden hampir selalunya ialah perwakilan nombor perduaan lengkapan dua. Komputer terdahulu menggunakan pelbagai jenis sistem nombor, ini termasuk lengkapan satu, lengkapan dua, format tanda-magnitud, malah sistem perpuluhan sebenar, dengan pelbagai perwakilan bagi angkanya.